Bayi mati tiada syafaat
2010/02/21 SAYA ingin bertanya.
Jika anak yang meninggal dunia sebelum baligh akan dapat membantu ibu bapanya di akhirat kelak, adakah anak yang keguguran juga boleh dikira seperti itu?
FIRA
Subang Jaya, Selangor
Hidup mati ketika kecil atau selepas dewasa adalah ketentuan Allah. Bayi yang mati ketika kecil tiada lagi dosa, ia akan dikembalikan kepada ibu bapanya. Pun begitu, jika ibu bapa mempunyai banyak dosa, mereka tetap akan menerima hukuman setimpal daripada Allah.
Mereka tidak boleh menjadikan anak kecil itu sebagai syafaat untuk menebus semua dosa di dunia. Termasuk dalam hal ini semua bayi kecil yang cukup sifat dan sudah diberi nyawa. Paling penting sekarang ialah setiap kita akan dibalas mengikut amalannya dan tiada siapa pun akan memikul dosa orang lain.
Rabu, 26 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan